Saturday, August 8, 2009

APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?

Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru.

Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan kosep sekolah bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu pelajar-pelajar menghadapi era teknologi maklumat.

Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT . Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-assessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).



No comments:

Post a Comment