Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH
VISI SEKOLAH
Berhasrat untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yang lebih berdaya saing dan mampu melahirkan insan yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi
MISI SEKOLAH
Menjadi sebuah institusi pendidikan yang berwibawa, bertanggungjawab dan berkesan dan sekaligus menjadi sebuah pusat kecemerlangan pendidikan di Bahagian Samarahan pada tahun 2010 selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)