Tuesday, August 11, 2009
Sunday, August 9, 2009
Saturday, August 8, 2009
APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?
Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru.
Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan kosep sekolah bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu pelajar-pelajar menghadapi era teknologi maklumat.
Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT . Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-assessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

KONSEP SEKOLAH BESTARI
Mengikut Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010), setiap tenaga kerja di negara ini perlu celik teknologi maklumat, berkemahiran mempunyai kualiti berikut:
- berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi,
- berkemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secra optimum serta menggabungkan daya cipta dan inovasi secara berkesan, dan
- mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi, kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta nilai-nilai dan etika kerja yang positif.
PENGENALAN SEKOLAH BESTARI
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya sistem pendidikan lebih berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa.
Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Subscribe to:
Comments (Atom)